Diposkan pada Fiqih

Syeikh Al-Albani dan Sifat Shalat Nabi

Shalathttp://www.warnaislam.com

Pertanyaan:

Saya belajar di sebuah pusat tahfiz. Ustaz saya di sana mengatakan bahawa cara meletakkan tangan semasa sembahyang adalah di atas pusat tetapi saya telah membaca buku karangan Nashrudin Albani “Sifatu Solatin Nabi”, mengatakan bahawa termasuk dalam sunnah nabi ialah meletakkan tangan di atas dada semasa solat.

Yang manakah patut saya ikut serta amalkan?

Jawaban:

Kedua-duanya sama-sama boleh diamalkan, karena keduanya punya dasar yang benar dari sunnah Rasulullah SAW. Bahwa Syeikh Nasiruddin Al-Albani mengatakan bahwa yang benar itu yang di atas dada, hanyalah pendapat beliau saja. Di mana beliau beranggapan bahwa hadits yang lebih kuat adalah yang di atas dada.

Namun hadits yang menyebutkan di atas pusat juga tetap bisa dijadikan landasan. Tidak berarti bid’ah atau salah.

Dan inilah yang dikatakan sebagai khilaf di antara para ulama. Masing-masing berhak untuk menguraikan pendapat serta hujjahnya. Namun selama suatu pendapat itu merupakan hasil ijtihad dari seorang ulama yang punya kapasitas dalam keilmuan, maka pendapat itu berhak diikuti.

Memang merupakan ciri khas Syeikh Al-Albani dalam berpendapat, yaitu punya gaya bahasa yang lugas. Sehingga banyak orang terpengaruh terhadap apa yang ditulisnya itu. Seringkali beliau menggunakan kata bid’ah dan yang sejenisnya, seolah-olah kalau tidak sesuai dengan ijtihad beliau semua lantas salah.

Padahal bukan maksud beliau untuk melakukan hal itu. Beliau hanya ingin bahwa tiap amalan itu punya landasan berdasarkan hadits-hadits yang shahih. Dan sebagai ulama yang banyak menulis tentang derajat suatu hadits, pandangan beliau lebih banyak didasarkan pada seberapa shahih suatu hadits. Bila ada dua hadits yang sekilas saling bertentangan, beliau pilih yng lebih kuat.

Ini merupakan salah satu ciri manhaj beliau yang menjadi ciri khas. Terkadang apa yang beliau komentari terhadap suatu hal yang dianggapnya punya kelemahan dari sisi sanad, memang terasa agak membuat merah telinga.

Tetapi anda jangan berkecil hati. Sebab biar bagaimana pun seorang Al-Albani juga berijtihad juga. Semua hadits yang dinilainya shahih, ada kemungkinan juga untuk tidak disepakati oleh ulama hadits lainnya. Bahkan dalam beberapa kasus, kita mendapati ketidak-kosekuenan beliau dalam menilai suatu hadits. Di satu kitab beliau mengatakan hadits itu shahih, tapi di kitab lainnya tidak.

Semua ini menunjukkan bahwa beliau berijtihad dalam menilai derajat suatu hadits. Dan mungkin saja hasil ijtihad beliau berubah seiring dengan berjalannya waktu. Dan mungkin saja sebagai manusia, beliau pun tidak luput dari kesalahan atau kealpaan.

Namun semua ini sama sekali tidak mengurangi ketokohan beliau sebagai ahli hadits, juga tidak perlu membuat kita menjadi berkurang rasa hormat dan ta’dzim kepada beliau.

Kita menghormati, menyayangi dan menghargai beliau sebagai seorang ulama besar di abad ini. Tidak ada yang salah bila kita menerima pendapat beliau, sebagaimana tidak salah juga bila pendapat ulama lain yang kita ikuti.

Iklan

8 tanggapan untuk “Syeikh Al-Albani dan Sifat Shalat Nabi

  1. WAHHABI BUKAN SAHAJA SUKA MENGHUKUM KE ATAS ULAMA ISLAM DAN UMATNYA SEBAGAI SESAT. BAHKAN NABI YANG TERMULIA NABI KITA MUHAMMAD TURUT TIDAK TERLEPAS DIHINA DAN DIHUKUM SEBAGAI SESAT OLEH WAHHABI. AL-ALBANI AL-WAHHABI SEORANG TOKOH WAHHABI TERKEMUKA MENGHUKUM NABI MUHAMMAD SEBAGAI SESAT na’uzubillah. (Rujuk Fatawa AL-ALBANI m/s 432)

    Inilah padahnya apabila sifat ghuluw melanda pada diri seorang insan. Mereka akan melampau-lampau dalam banyak perkara. Sedangkan Nabi kita Muhammad kerap mengawasi dari sifat ghuluw (melampau) ini antara sabda baginda bermaksud: “Jangan sama-sekali kamu semua (ghuluw)melampau sesungguhnya telah binasa golongan pelampau sebelum kamu”.R.Muslim.

    Selain sifat ghuluw itu terdapat faktor lain yang mendorong seseorang itu menghina Nabi Muhammad dan menghukum baginda sebagai sesat iaitu faktor “sengaja menyalah tafsir al-Quran”.
    Ya, oleh kerana sifat tidak merujuk kepada ahli tafsir al-Quran yang mu’tabar hanya mentafsirkan ayat al-Quran itu mengikut hawa nafsu sendiri maka berlakulah penghinaan kepada Nabi Muhammad dan menghukum baginda sebagai sesat pula. Samalah dengan mereka yang menyamakan Allah dengan makhluk berpunca dari sifat takabbur hanya mentafsir al-Quran mengikut hawa nafsu sendiri dan padahnya mereka berpegang dengan aqidah tashbih menyamakan Allah dengan makhluk seperti Wahhabi, Ayah Pin selainnya.

    NABI MUHAMMAD TIDAK SESAT (LAISA DHOL)
    Saiduna Nabiyuna Muhammad solllahu ‘alaihiwassalam merupakan seorang insan yang paling mulia disisi seluruh umat Islam dan makhluk yang paling mulia disisi Allah. Muhammad bin Abdullah tidak pernah berpegang dengan aqidah yang sesat samaada sebelum kenabian mahupun selepas diturunkan wahyu dan dilantik sebagai nabi dan rasul.
    Baginda beriman dengan Allah dan berada atas kepercayaan yang tidak sesat sebelum kenabian dan selepasnya.

    Amat melampau bagi mereka sengaja menyalahkan tafsir firman Allah lantas menghukum Nabi Muhammad sebagai sesat dari kebenaran. Ya Allah! segerakanlah balasanMu terhadap mereka yang menghina NabiMu mempergunakan ayatMu secara salah.
    Ya saya (abu syafiq) mengatakan: Sesiapa mendakwa Nabi Muhammad sesat dari kebenaran adalah satu penghinaan kepada Nabi Muhammad dan ulama telah bersepakat bahawa sesiapa yang menghina Nabi maka aqidah dalam bahaya.
    Manakala tafsir firman Allah dalam surah Ad-Dhuha ayat 7

    وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى

    adalah bererti: ” Dan didapati pada mulanya engkau dalam keadaan tidak mengetahui segala & seluruhan isi kitab al-Quran dan selainnya kemudian engkau diberi petunjuk kepada mengetahui semua itu”.
    Dan ia adalah tafsiran yang sama pada firman Allah:

    وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا

    Bererti: ” Dan begitu juga diwahyukan kepadamu (muhammad) pengisian dari kami ketika itu kamu (muhammad) tidak mengetahui keseluruhan isi kitab dan keseluruhan ilmu keimanan…”

    Maka jelas! bukanlah surah Ad-Dhoha ayat 7 itu memberitahu Nabi Muhammad adalah sesat dari kebenaran. Tidak sama sekali. Nabi Muhammad tidak sesat dari kebenaran samaada sebelum kenabian mahupun selepasnya. Tetapi ia bererti Nabi Muhammad pada permulaannya tidak mengetahui keseluruhan isi kandungan kitab al-Quran kemudian diberi petunjuk dengan diturunkan al-Quran keseluruhannya. Memberi petunjuk tidak bererti Nabi Muhammad sesat dari kebenaran sebelum itu.

    Dalam tafsiran yang lain Imam Qurtubi menjelaskan : ”ayat itu bererti : Dan didapati engkau tidak sepertimana engkau ketika ini, dan tafsiran lain adalah : Dan didapati engkau berada dalam perkarangan dan kawasan kaum kamu yang sesat maka Allah memberi petunjuk dan jalan keluar”.
    Lihat! ulama tafsir tidak menyandarkan SESAT ke atas Nabi Muhammad sama sekali bahkan sekiranya hendak dikatakan sesat disitu adalah kaum baginda yang sesat ketika itu bukan nabi yang sesat.

    Ini semua membuktikan seluruh ulama tafsir al-Quran yang mu’tabar tidak menghukum nabi Muhammad sebagai sesat dari kebenaran samaada sebelum atau sesudah kenabian. Akan tetapi ayat itu mempunyai tafsiran yang menepati bahasa arab yang tinggi kesusasteraan dan kehebatannya dan boleh dirujuk tafsiran ulama Islam mu’tabar yang lain.

    PERINGATAN! Tidak boleh dan tidak harus mengunakan ayat tersebut untuk menghukum nabi Muhammad sebagai sesat dari kebenaran.Tidak boleh sama sekali!.

    AL-ALBANI MENGHUKUM NABI MUHAMMAD SEBAGAI SESAT DARI KEBENARAN
    Malangnya semua tokoh Wahhabi antaranya Al-Albani telah menghukum ke atas Nabi Muhammad sebagai sesat dan sesat dari kebenaran. Walaupun ulama tafsir telah menjelaskan makna ayat 7 dalam surah Ad-Dhoha tersebut bukan bererti begitu.
    Mari kita lihat pada teks kenyataan Nasiruddin Al-Albani Al-Wahhabi yang menghukum nabi Muhammad sebagai sesat:
    ” Saya katakan kepada mereka yang bertawassul dengan wali dan orang soleh bahawa saya tidak segan sama sekali menamakan dan menghukum mereka sebagai SESAT dari kebenaran, tidak ada masaalah untuk menghukum mereka sebagai sesat dari kebenaran dan ini selari dengan penghukuman Allah ke atas nabi Muhammad sebagai sesat dari kebenaran sebelum nuzulwahyu Ad-Dhuha ayat 7″. Rujuk kenyataan oleh Al-Albani tadi dalam Fatawa Al-Albani mukasurat 432.

    Lihat bagaimana Al-Albani mempergunakan firman Allah pada bukan tempatnya. Amat jelas Al-Albani menghukum sesat terhadap umat Islam yang bertawassul dan samakan penghukuman sesat dia itu pula dengan penghukuman Allah terhadap nabi Muhammad sebagai sesat dari kebenaran seperti yang didakwa oleh Al-Albani.

    Hakikatnya umat Islam yang bertawassul tidaklah sesat bahkan harus amalan tawassul itu.
    Sekiranya Al-Albani mahu sangat menghukum mereka sebagai sesat mengapa disamakan penghukumannya dengan firman Allah ta’ala?! dan mengapa Al-Albani mendakwa nabi Mumammad juga sesat dari kebenaran dan jelas lagi terang Al-Albani mengatakan “nabi Muhammad sebagai SESAT (DHOLLUN)! dan ditambah lagi oleh Al-Albani bahawa Nabi Muhammad sesat dari kebenaran! na’uzubillah.

    Belagak pandai! ghuluw! pelampau! tidak amanah dalam ilmu! Takfir! Tadhlil! Tabdi’
    Itulah pangkat yang selayaknya dengan insan begini. Jika mahu sangat menghukum umat Islam sebagai sesat mengapa nak dikaitkan kesesatan itu pada nabi Muhammad pula?! bukankah engkau sendiri wahai Wahhabi mengucap Wa Asyhadu anna Muhammad Rasulullah?! mengapa menghina Rasulullah pula?! mengapa mendakwa Rasulullah sesat dari kebenaran??! tak kiralah sebelum atau sesudah kenabian. Bukankah ulama tafsir telah menjelaskan?! Apa lagi penghina kamu wahai Wahhabi kepada insan yang mulia ini (Nabi Muhammad)? lalai? sesat? apa lagi?! ………..

    Ya Allah! percepatkan balasanMu terhadap penghina nabiMu.

    Amin ya Allah

  2. AStagfirullah….saya benar-benar awam pada masalah ini,,,tapi saya begitu muak dengan orang-orang yang hanya mendengar tanpa bukti yang benar-benar keluar dari kebenaran….mana bukti al-albani mengtakan Rasulullah yang mulia sesat…?????mana????mana????

  3. Syaikh Al-Bani yg saya kenal adalah ulama yang santun dan sangat mencintai sunnah. Saya sendiri sangat tidak percaya jika beliau mengatakan Rasulullah SAW sesat…nampaknya ada salah faham terhadap ungkapan beliau ya?

    Seharusnya sebagai sesama muslim kita saling husnudzan dan saling menghargai, walaupun dlm beberapa hal berbeda pendapat.

  4. Amien ya Allah,qabulkan doa hambamu yg hina ini,azablah org yg menghina rasulullah dgn azab yg pedih.saya sangat setuju dgn abu syafiq,albani hanyalah org sombong yg mudah mentakfirkan,membid’ahkan org yg tdk sehaluan dgnnya.

    harakatuna@ husnud dhan ada tempatnya,dhan itu adalah prasangka,tp yg sudah ada bukti apa pantas kita bilang prasangka?????????????????? coba lihat ta’rif / defenisi dhan.bukti kesesatan albani boleh anda lihat dlm buku karangannya sendiri yg sdh diusulkan oleh abu syafiq.
    mentakfirkan org muslim yg bersyahadah dan shalat 5 wkt gmn hukumnya?otomatis kafirkan?membid’ah kan sesuatu yg tdk bid’ah menurut syara’ gmn hukumnya?bid’ah jg kan?bid’ah itu bukan cuma menambah,mengurangi jg bid’ah.kok semudah itu albani menghukum mentakfir,mentabdi’?apa syari’/pembuat hukum syara’ beliau sendiri?apa beliau mujtahid mutlaq’/mazhab?al-hafidz saja tdk sampai.sekian….

  5. Kalau merujuk ke Tafsir Ibnu Abbas, kata
    Dlāllan dijelaskan dengan ungkapan: “Sebagai seorang yang bingung di antara orang-orang yang sesat.”

    Yang saya maksud kita harus berhusnu dzan disini adalah kita tidak terburu-buru mengambil kesimpulan tentang makna/maksud kalimat yg disampaikan seseorang. Jika Syaikh masih hidup, tentu kita harus bertanya dulu kepadanya apa yg beliau maksud dengan ungkapan “dhollun”. Apakah maknanya ‘bingung’, ‘tidak tahu’ atau ‘sesat’ dalam rasa bahasa Indonesia/Melayu?

    Saya kan baru membaca ungkapan tulisan beliau dalam bahasa Melayu, yg bisa saja terjemahannya belum menjelaskan apa yg beliau maksud. Wallahu a’lam….

    Semoga Allah senantiasa mempersatukan hati kaum mu’minin. Amin….

  6. maaf, harakatuna, bagian yg dianggap menghina nabi itu tentang bab apa? kitab apa? // kapan harakatuna menelaah kitab tsb?…. maaf aqu sangat kaget mendengar hal ini.

  7. Bang Ahmad bukan saya yang bilang bahwa Syaikh Al-Bani menghina Nabi…itu komentar saudara luqman…saya sendiri tidak sepakat kalau Syaikh Al-Bani dikatakan telah menghina Nabi…

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s